SELAMAT DATANG KE BLOG TRANSFORMASI UMNO BAHAGIAN JEMPOL

Thursday, 9 January 2014

Salam Pengenalan

Assalammualaikum dan Salam 1 MALAYSIA.



Syukur Alhamdulillah. Berjaya juga disiapkan blog TRANFORMASI UMNO BAHAGIAN JEMPOL ini walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu disetting semula. Namun begitu, dengan adanya blog Transformasi Umno Bahagian Jempol ini, dapatlah kiranya segala maklumat dan berita terkini khususnya dari UMNO Bahagian Jempol, disebarluaskan kepada ahli Umno Bahagian dan pengundi Barisan Nasional Jempol. 

Seperti yang tuan/puan maklum, penyebaran maklumat secara tepat dan cepat amat perlu pada era transformasi ini. Penggunaan dan pranan media elektronik dalam menyebarkan maklumat dan berita terkini TIDAK BOLEH lagi kita ketepikan atau diabaikan lagi.  Malahan penggunaan Media Elektronik ini juga boleh dikatakan sebagai satu trasformasi dalam penyampaian maklumat khususnya oleh UMNO Bahagian Jempol. Oleh itu, kita berpendapat dengan terbinanya Blog Transformasi Umno Bahagian Jempol ini, akan memenuhi agenda transformasi yang  telah kita mulakan dalam UMNO Bahagian Jempol ini.



Terima kasih.

Abdul Rahman Samad
Ketua Penerangan,
UMNO Bahagian Jempol.

No comments:

Post a Comment