Kelmarin Khamis 8 Mei 2014, UMNO Bahagian Jempol dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Jempol serta dibantu oleh Pejabat Pentadbiran Daerah Jempol. telah melaksanakan Majlis Penerangan GST. Taklimat disampaikan oleh Kastam Diraja Malaysia dan KPDNKK. Majlis penutupnya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato Hj Mohd Salim bin Mohd Sharif telah diadakan di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol.
Tahniah kepada UMNO Bahagian Jempol yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Hj Mohd Salim Sharif, kerana berjaya mengadakan majlis penerangan GST ini. Ramai yang tidak tahu apakah GST itu. Dengan adanya usaha yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Jempol ini, kita harapkan rakyat khususnya di Jempol ini dan amnya di Negeri Sembilan dan di seluruh negara telah semakin jelas, apakah yang dimaksudkan dengan GST itu. Dan kita telah bertindak menempis semua dakyah Pakatan Pembangkang yang sentiasa memburuk-burukan GST bila kerajaan berura-ura untuk melaksanakanya.
Lihat pic yang admin paparkan di bawah ini sebagai bukti bahawa majlis ini sangat berjaya dan rakyat ingin tahu perkara yang benar tentang GST...
Admin.
No comments:
Post a Comment