
Sempena sambutan ulangtahun UMNO yang ke 68, Presiden UMNO Malaysia Dato Sri Najib mahu semua kepimpinan UMNO di semua peringkat memastikan UMNO terus berkuasa dalam meneraju kerajaan Barisan Nasional menjelang PRU 14 melalui analisis persekitaran yang semakin mencabar. Pemimpin UMNO perlu merancang secara strategik dengan menetapkan matlamat dan sasaran seterusnya melaksanakan gerakerja yang berkesan dan mesra pengundi. Penilaian program yang dilaksanakan perlu dibuat bagi memastikan sokongan pengundi bertambah dan semakin kuat terhadap BN.
No comments:
Post a Comment