Ok secara ringkasnya GST atau Goods and Services Tax ini adalah CUKAI.
Cukai apa?
GST adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai.
Bagaimana cukai ini dikutip?
GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.
Siapa yang kutip GST?
Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST
Faham tak? Kalau masih tak faham mari kita baca full artikel daripada http://pmr.penerangan.gov.my. di bawah ini.
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.
GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.
Beberapa barangan keperluan utama seperti Minyak masak, tepung, gula susu bayi, belacan, beras, sayuran dan ikan adalah dikecualikan dari GST. Perkhidmatan pendidikan dan Kesihatan juga dikecualikan dari GST.
Bilakah GST akan dimulakan di Malaysia ?
GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.
Berapakah kadar GST ?
Kadar GST adalah 6% sahaja berbanding SST (yang diamalkan mulai 1972) iaitu sehingga 15%
Sebelum GST Kerajaan mengenakan SST (Sales & Services Tax). SST yang dikenakan ini sebenarnya tidak telus. Ada peniaga yang tidak jujur mengenakan SST dengan tidak mengistiharkan SST tersebut, iaitu tidak menunjukan dalam resit jualan. Akibatnya, harga barangan meningkat dari harga jualan sebenar barangan tersebut dan peniaga tidak menyerahkan kutipan tersebut kepada Kerajaan. Kerajaan akan terlepas kutipan hasil. Pengguna (rakyat) menanggung beban.
Apa kesan GST kepada Rakyat/Kerajaan ?
- Harga barangan sepatutnya menjadi lebih murah. Kerana sebelum 1 April 2015, kerajaan mengena SST 15%. Bila kerajaan melaksanakan GST 6%, maka harga barangan tentu lebih murah.
- Rakyat boleh mendapat manafaat lain seperti penurunan kadar cukai. Cukai Koporat juga akan dikurangkan dengan perlaksanaan GST.
- GST mengelakan rakyat dikenakan cukai berganda yang diserap sebagai kos oleh peniaga.
- Kerajaan boleh mengumpulkan dana yang lebih banyak bila cukai kepenggunaan ini dilaksanakan dengan lebih sistematik. Perolehan pendapatan yang besar dipihak kerajaan boleh digunakan untuk program pendidikan dan pembangunan negara.
- Pembangunan negara yang bertambah pesat akan membuka peluang perkerjaan dan perniagaan kepada peniaga, menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.
- Dengan perlaksanaan GST ini nanti dijangkakan Indek Harga Pengguna akan turun 8-10%.
- GST akan mendidik pengguna akan berbelanja secara berhemat. Lebih banyak pengguna berbelanja, lebih banyak pengguna akan dikenakan cukai.
- Sebahagian kecil barangan dan perkhidmatan akan meningkat dengan perlaksanaan GST. Ini terutamanya barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dikenakan apa-apa cukai sebelum ini.
- Kebergantungan negara kepada minyak bukan untuk selama-lamanya kerana minyak akhirnya akan hilang dari bumi Malaysia. Oleh itu, GST yang menstrukturkan semula sebahagian sistem kutipan cukai utk jangka panjang akan melindungi negara dari ketiadaan hasil suatu masa nanti
- Perniagaan dan perkhidmatan yang melibatkan jualan tahunan melebihi Ringgit Malaysia 500,000 sahaja yang boleh mengutip GST dan mendapat kebenaran dari Kerajaan. Oleh itu bukan semua peniaga boleh sesuka hati mengenakan GST tanpa kebenaran Kerajaan.
Oleh itu, GST bukan membeban rakyat seperti yang dicanang oleh pembangkang. Malahan GST akan menguntungkan rakyat untuk jangkamasa panjang. SST (15%) yang dibayar oleh pengguna pada masa ini akan dihapuskan dan digantikan dengan GST (6%)
Tiada GST bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan keperluan utama. Lebih 160 negara telah melaksanakan GST/VAT. Malahan negara disekeliling kita seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina telah melaksanakan GST kecuali Brunei dan Myanmar. Kadar 6% adalah kadar terendah GST negara negara Asian.
Kebanyakan rakyat negara ini menggunakan 60% dari pendapatan mereka untuk makanan. Tetapi kebanyakan makanan tidak dikenakan GST. Oleh itu, bukan semua rakyat negara ini dikenakan GST. Hanya mereka yang berpendapatan besar, yang selalu membeli barangan dan perkhidmatan mewah, yang sudah tentu dikenakan GST. Kebanyakan rakyat yang berpendapatan kecil tidak akan dikenakan GST.
Tiada GST bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan keperluan utama. Lebih 160 negara telah melaksanakan GST/VAT. Malahan negara disekeliling kita seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina telah melaksanakan GST kecuali Brunei dan Myanmar. Kadar 6% adalah kadar terendah GST negara negara Asian.
Kebanyakan rakyat negara ini menggunakan 60% dari pendapatan mereka untuk makanan. Tetapi kebanyakan makanan tidak dikenakan GST. Oleh itu, bukan semua rakyat negara ini dikenakan GST. Hanya mereka yang berpendapatan besar, yang selalu membeli barangan dan perkhidmatan mewah, yang sudah tentu dikenakan GST. Kebanyakan rakyat yang berpendapatan kecil tidak akan dikenakan GST.
No comments:
Post a Comment